Membagi banci jua meliat orang beluih atu kan. Aste.. Iatah selang selepas merasakan kehangatan tangkapan itu, hati ku mula merasa gusar. Bertanya pada diri sendiri, adakah aku akan mendapat ikan jua? Lalu, ku ambil joran ku yang bergelimpangan, mengambil umpan dan terus menghumban joran ku dengan sepenuh hati ke dasar lautan. Hati ku mula merasakan degupan jantung berdegup laju. Ku fokuskan diriku merasakan kail ku yang terumbang ambing di bawah air yang mula pasang. Aku duduk di tangga jeti menanti akan hadirnya ikan ku.
Aku mula merasakan kail ku dicium-cium. Tapi Aiman dan Judin menafikan yang ianya ikan. Aku tidak percaya pada mereka lalu berkata, "lain rasanya geng..". Mereka menjawab, "Jangan dilayan air atu". Mereka menafikan lagi. Selang beberapa detik selepas itu, kail kul di tarik. Aku panik tidak tentu arah. Lalu aku berdiri menanyakan apa yang harus ku buat. Di tarik atau apa yang patut dibuat? Maklumlah baru berkecempong dalam arena memancing.. Panik ku beransur reda apabila aku merasakan konfident ku semakin tinggi. Ku tarik kail ku. Ku putar spool ku. Lalu.... Nampak seekor ikan yang tersangkut mata kail ku. Di situlah mulanya detik kebahagian hidup seorang pemancing. Seekor kerapu tumpas di arena peperangan. Aku pun bergumbira selepas itu. Hatiku lelah dan masih berdegup kencang.. Kini, aku seorang pemancing, menanti akan hadirnya hari kemenangan ku lagi untuk mendapat mangsa seterusnya..
Salam dari rantau lautan. Aste, Chill saja...
No comments:
Post a Comment